Ron Klain
Ron Klain

Ron Klain

Ronald A. Klain (lahir 8 Ogos 1961) ialah seorang perunding politik, bekas pelobi, ahli politik dan peguam Amerika Syarikat. Seorang ahli Parti Demokrat, beliau berkhidmat sebagai ketua staf kepada dua Naib Presiden iaitu Al Gore (1995–1999) dan Joe Biden (2009–2011). Selepas terdapat kes virus Ebola yang dilaporkan di Amerika Syarikat, presiden Barack Obama melantik beliau sebagai Penyelaras Tindak Balas Ebola Rumah Putih pada akhir tahun 2014 dan berkhidmat sehingga Februari 2015.Pada awal tahun 2020, beluau menyertai kempen Biden dalam pilihan raya presiden sebagai penasihat kanan. Berikutan kemenangan Biden, presiden terpilih Biden mengumumkan Klain akan bertugas sebagai Ketua Staf Rumah Putih pada 12 November.